Nurul Izzah dahului persaingan Timbalan Presiden PKR, kata sumber

Iklan
Nurul Izzah

JOHOR BAHRU– Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan mendahului kiraan undi bagi persaingan jawatan Timbalan Presiden parti.

Menurut sumber yang enggan dinamakan, Nurul Izzah yang dalam pertembungan satu lawan satu dengan penyandang, Datuk Rafizi Ramli, dikatakan meraih 9,000 daripada undi.

Iklan
Iklan

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi pula memperoleh undi sebanyak 3,000.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung kemenangan Nurul Izzah itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata keputusan awal itu mungkin diumumkan selepas selesai ucapan perasmian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Kongres Nasional PKR 2025 pada kira-kira jam 9 malam.