'RM322 juta lebur dalam empat bulan' - Polis

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Kerugian akibat jenayah komersial di Selangor mencecah RM322 juta dalam tempoh empat bulan tahun ini sejak Januari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik setakat April itu mencatatkan 3,711 kertas siasatan dibuka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah itu, 2,180 kes melibatkan jenayah dalam talian membabitkan kerugian RM58 juta, manakala 1,531 kes bukan jenayah dalam talian dengan nilai kerugian RM264 juta.

"Dalam usaha membanteras jenayah komersial ini, sebanyak 1,971 tangkapan telah dilakukan termasuk 1,550 pemegang akaun ‘mule’ (keldai akaun).

Iklan

"Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor juga telah melaksanakan 11 serbuan ke atas sindiket penyamaran dengan tangkapan 52 orang," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Hussein berkata, beliau menekankan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah moden yang semakin kompleks termasuk jenayah berat, jalanan, kolar putih dan siber.

Iklan

Ujarnya, PDRM terus komited meningkatkan kesedaran masyarakat dengan pelaksanaan langkah pencegahan dan kesedaran seperti pameran, ceramah serta siaran media berkaitan jenayah komersial.

Tambahnya, JSJK Bukit Aman turut membangunkan laman 'Semak Mule' bagi membolehkan orang ramai menyemak nombor telefon dan penerima transaksi sebelum membuat sebarang bentuk pembayaran.