Lelaki maut SUV dipandu langgar treler

Iklan
Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Muar-Jementah Batu 16, pada Khamis. Foto BBP Segamat

SEGAMAT – Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Muar-Jementah Batu 16, pada Khamis.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan 1, Zuraimi Haron, satu jentera bersama enam anggota bomba dihantar ke tempat kejadian sejauh 24 kilometer sebaik menerima panggilan pada jam 5.52 petang.

Iklan
Iklan

"Setibanya di tempat kejadian pada jam 6.17 petang didapati kemalangan melibatkan treler jenis Scania dengan kenderaan utiliti sukan (SUV), X-Trail.

"Seorang lelaki dewasa berusia 37 tahun ditemui tersepit di tempat duduk pemandu SUV tersebut, manakala seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai isterinya turut mengalami kecederaan.

Iklan

"Bagaimanapun, pemandu treler jenis Scania yang berusia 46 tahun didapati tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit - Foto BBP Segamat

Tambahnya, anggota bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa tersepit, namun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

Iklan

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan wanita yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.

"Keadaan terkawal pada jam 6.58 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.55 petang," ujarnya.