Masalah perniagaan punca lelaki diserang, ditetak di hadapan restoran

Iklan
Insiden lelaki yang cedera parah diserang dan ditetak di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda pada Jumaat lepas dipercayai berpunca daripada masalah perniagaan mangsa. Foto hiasan

BUTTERWORTH - Insiden lelaki yang cedera parah diserang dan ditetak di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda di sini pada Jumaat lepas dipercayai berpunca daripada masalah perniagaan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C Tharmalingam berkata, dapatan itu diperoleh susulan penahanan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci kes serang dan tetak itu namun ia dipercayai berpunca daripada masalah perniagaan mangsa.

"Ketika ini, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan semakin baik manakala kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama malam Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kesemua lelaki masih direman dan polis percaya penahanan mereka, termasuk tiga suspek yang menyerang dan menetak mangsa, dapat menyelesaikan kes itu.

Insiden pada kira-kira jam 7.20 malam itu menyaksikan mangsa dan rakannya tiba di hadapan restoran untuk menjamu selera dan apabila dia membuka pintu kereta untuk keluar serta masuk ke dalam premis tersebut, dia tiba-tiba diserang seorang suspek yang memakai topeng dari arah belakang.

Iklan

Mangsa cuba melarikan diri sebelum dilanggar oleh kereta dinaiki suspek dan terjatuh sebelum suspek bersama dua lagi rakannya menyerang ahli perniagaan itu menggunakan parang. - Bernama