Menyumbang nilai, mendayakan komuniti

Iklan
Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (tengah), Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan (kiri), dan Setiausaha Syarikat, Ali Munawar Salim (kanan) sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) TNB ke-35 yang diadakan pada 22 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Leo Moggie, Ibu Pejabat TNB, Kuala Lumpur.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengukuhkan semula komitmennya untuk meningkatkan nilai jangka panjang syarikat melalui pengurusan modal yang berdisiplin, operasi yang mantap dan pelaburan berfokus komuniti yang memberi manfaat kepada para pemegang saham serta rakyat.

Untuk mencerminkan komitmen ini, Lembaga Pengarah TNB telah mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak 51 sen sesaham, tertinggi dalam tempoh empat tahun berjumlah RM2.96 bilion.

Iklan
Iklan

Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid berkata, ia sejajar dengan dasar dividen syarikat yang menetapkan kadar pembayaran 60 peratus (%) yang memberikan manfaat kewangan langsung kepada jutaan rakyat Malaysia.

"Lebih 60% saham TNB dimiliki secara kolektif oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) utama seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

Iklan

"Ia juga mencerminkan rekod konsisten TNB dalam mengekalkan pembayaran dividen pada tahap tertinggi dalam julat 30-60% sejak lapan tahun lalu.

"Pembayaran dividen ini mencerminkan komitmen TNB untuk memberikan pulangan yang konsisten dan mampan kepada para pemegang saham kami,” katanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) TNB ke-35 yang diadakan di Pusat Konvensyen Leo Moggie, Ibu Pejabat TNB di Kuala Lumpur.

Iklan

Beliau berkata, pulangan itu pada akhirnya sampai kepada jutaan rakyat Malaysia, memperkukuh simpanan negara, keselamatan persaraan dan kesejahteraan kewangan secara menyeluruh.

Pada tahun 2024, TNB turut menyumbang sebanyak RM874.7 juta dalam bentuk cukai dan zakat, sekali gus memperkukuh kewangan awam dan menyokong kesejahteraan komuniti di seluruh negara.

Memacu Pertumbuhan Inklusif Melalui Pelaburan Sosial

Komitmen TNB terhadap pembangunan negara melangkaui pulangan kewangan semata-mata. Melalui program berfokus dalam pendidikan, pembangunan komuniti dan kesejahteraan, syarikat ini menyalurkan pelaburan jangka panjang ke arah hasil yang bermakna.

Pada tahun 2024, TNB memperuntukkan RM140.9 juta dalam bentuk sumbangan dan tajaan merangkumi bidang pendidikan, sukan, kesejahteraan komuniti dan alam sekitar.

Inisiatif TNB bertujuan memperkasa komuniti yang kurang mendapat perhatian, merapatkan jurang peluang dan memupuk perpaduan sosial.

Melalui biasiswa, program pendidikan dan jangkauan luar bandar, syarikat ini memperkasakan generasi masa depan dan memberi impak jangka panjang. Usaha ini mencerminkan komitmen TNB terhadap kemakmuran bersama dan pembangunan negara melangkaui peranannya sebagai syarikat utiliti.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif luar bandar, TNB telah melaksanakan Fasa ke-11 Program Lampu Jalan Kampung pada tahun 2024, dengan memasang lebih 14,000 lampu LED yang menjimatkan tenaga di kawasan yang kurang mendapat perhatian bagi meningkatkan keselamatan, keterhubungan dan keterangkuman ekonomi.

Meningkatkan Kecemerlangan Operasi

Walaupun pelaburan sosial TNB memanfaatkan masyarakat, kekuatan teras syarikat terletak pada pelaksanaan strategi dengan mengutamakan sistem operasi yang cekap.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, mengesahkan fokus syarikat untuk mengekalkan pulangan kukuh sambil melabur dalam sistem dan komuniti yang menyokong pembangunan negara.

"Strategi kami jelas – kami berhasrat untuk mengekalkan prestasi kukuh sambil menjana nilai jangka panjang untuk rakyat melalui pulangan yang bertanggungjawab dan impak bermakna,” kata Megat Jalaluddin.

"Dengan memperkukuh kebolehpercayaan perkhidmatan, pengurusan kos yang cekap dan dengan berteraskan kepada pembangunan negara, kami terus menyampaikan nilai yang stabil walaupun berdepan ketidaktentuan global,” katanya.

Pendekatan berdisiplin terhadap ketahanan dan kepimpinan yang bertanggungjawab turut dilihat dalam keupayaan TNB untuk terus memberi nilai kepada para pemegang saham serta ekonomi secara menyeluruh.

Tetap Berfokus dan Konsisten Dalam Arah Tuju

Walaupun berdepan cabaran global dan perubahan dinamik industri, asas TNB kekal kukuh.

TNB terus melabur dalam keandalan grid, keupayaan digital dan kecemerlangan operasi bagi memastikan ia kekal berdaya saing dan responsif terhadap cabaran masa depan.

Menjelang penganjuran LIMA 2025 – medan strategik kerjasama antara kerajaan dan pemain industri – TNB terus memainkan peranan penting di belakang tabir, memastikan bekalan elektrik yang kukuh dan stabil di Langkawi.


Usaha ini membawa kepada gangguan bekalan elektrik yang minima, pemulihan perkhidmatan yang lebih pantas dan pengurusan tenaga yang lebih cekap.

Ini memberikan jaminan bekalan elektrik yang stabil, selamat dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Prestasi kukuh TNB turut disokong oleh gabungan faktor makroekonomi yang positif termasuk pengukuhan Ringgit dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara sebanyak 5.1%, digandingkan dengan pengurusan kos berhemah dan kecekapan operasi.

Persekitaran makro yang bertambah baik ini telah mendorong aktiviti perniagaan dan keyakinan pengguna, sekali gus menyokong pertumbuhan permintaan elektrik di sektor industri, komersial dan domestik.

Semua ini mengukuhkan daya tahan TNB dalam persekitaran operasi yang dinamik.

Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Malaysia mencatatkan kadar tertinggi dalam sejarah untuk pelaburan yang diluluskan, iaitu RM378.5 bilion pada 2024.

Ini turut menyumbang kepada peningkatan permintaan elektrik industri dan komersial.

Dalam hal ini, TNB percaya bahawa ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan keyakinan pelabur dan memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang menerusi infrastruktur tenaga yang stabil dan boleh dipercayai.

Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan operasi TNB, malah sejajar dengan aspirasi negara untuk menyediakan infrastruktur yang boleh dipercayai, memacu pertumbuhan inklusif dan mempercepatkan peralihan tenaga.

Ini juga seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI yang menekankan kemakmuran bersama, kelestarian dan kesejahteraan sosial.

Mencapai Kemajuan Ketara Dalam Bidang Utama

Pada tahun 2024, TNB telah melabur sebanyak RM11.2 bilion dalam perbelanjaan modal (Capex) bagi mempercepatkan pemodenan grid dan menyokong peralihan tenaga negara.

Ini merangkumi penaiktarafan yang menyokong integrasi tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan daya tahan rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia.

TNB juga mengekalkan Skor Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) yang tinggi iaitu 87%, mencerminkan usaha berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.

Bagi tahun lepas yang menyaksikan kecemerlangan operasi, penarafan ESG TNB oleh MSCI telah dinaik taraf kepada ‘A’, mengukuhkan kepimpinannya dalam kelestarian.

Penarafan ini mencerminkan kemajuan signifikan dalam mengurangkan pelepasan karbon, meningkatkan kecekapan penggunaan air dan memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Peningkatan ini bukan sahaja mengesahkan komitmen TNB terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab, malah selari dengan aspirasi kelestarian negara.

Ia turut mengukuhkan keyakinan pelabur, menyokong matlamat negara ke arah pelepasan sifar bersih dan menonjolkan kepimpinan TNB dalam isu alam sekitar.