Dasar gaji progresif bukan naik gaji 'kosong-kosong' - Rafizi
Iklan
Rafizi (kiri) bersama Steven Sim telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk menyelaras pelaksanaan dasar tersebut serta menambahbaik projek rintis yang sedang berjalan.
SHAH ALAM - Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) bukan sekadar inisiatif menaikkan gaji tanpa asas, sebaliknya mengambil kira kemahiran atau produktiviti pekerja terlibat.
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan, beliau bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk menyelaras pelaksanaan dasar tersebut serta menambah baik projek rintis yang sedang berjalan.
Iklan
Iklan
"Ramai yang tanya macam mana sebenarnya DGP ini berfungsi, ringkasnya jika majikan menaikkan gaji pekerja berdasarkan peningkatan kemahiran atau produktiviti, kerajaan akan memberi insentif tunai kepada majikan.
"Ia bukan naik gaji 'kosong-kosong' kerana majikan perlu buktikan kenaikan gaji tersebut datang dengan latihan, peningkatan kemahiran atau pertambahan tanggungjawab kepada pekerja," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Khamis.
Iklan
Rafizi (enam dari kiri) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk menyelaras pelaksanaan dasar tersebut serta menambahbaik projek rintis yang sedang berjalan.
DGP merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan sebagai pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan.
Diperkenalkan Rafizi, dasar ini menekankan tiga ciri utama iaitu pelaksanaan secara sukarela, berteraskan insentif dan dikaitkan dengan produktiviti.
Iklan
Dasar ini bertujuan untuk menyelaraskan kenaikan gaji dengan peningkatan kemahiran dan produktiviti pekerja, sambil mengurangkan jurang pendapatan serta meningkatkan daya saing syarikat.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, DGP itu adalah bersifat sukarela, namun dirangka supaya majikan ada insentif untuk hargai usaha dan peningkatan pekerja.
"Apabila syarikat untung, pekerja pun merasai nikmatnya. Langkah ini sebahagian daripada reformasi struktur ekonomi supaya pertumbuhan bukan hanya angka atas kertas, tapi betul-betul menaikkan pendapatan rakyat.
"Untuk memohon dan memahami lanjut tentang DGP, sila ke laman web https://gajiprogresif.gov.my/," katanya.
Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.