KANGAR - Pekarangan Istana Arau akan dibuka kepada rakyat pada Jumaat (23 Mei) dan Sabtu ini (24 Mei) untuk membolehkan mereka berkunjung ke program Malam Kilauan Cahaya Istana Arau #MKC2025 sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-82.
Pejabat Raja Perlis dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Tuanku Syed Sirajuddin telah memperkenankan membuka perkarangan istana kepada rakyat jelata bagi berkunjung ke malam kilauan cahaya itu dengan perlu berpakaian sopan dan bersesuaian dan ia akan bermula dari 9 malam hingga 11 malam.