Gelap mata mahu gandakan simpanan, kerani rugi RM649,150

Iklan
Selepas semua urusan transaksi dilakukan, mangsa menyedari telah ditipu dan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM649,150. Foto hiasan

KUANTAN - Impian seorang kerani untuk menggandakan wang simpanan musnah apabila RM649,150 miliknya lesap selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Kejadian bermula apabila wanita berusia 52 tahun itu melayari laman Facebook dan terlihat satu iklan mengenai pelaburan saham.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa kemudian menekan pautan iklan tersebut dan menerima mesej daripada seorang individu dikenali dengan nama Elaine.

"Elaine mengajak mangsa menyertai kumpulan WhatsApp sebelum memindahkannya ke kumpulan lain.

Iklan

"Sepanjang tempoh 20 Mac hingga 9 Mei 2025, mangsa membuat pelaburan ke beberapa akaun syarikat yang diberikan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Azry Akmar, selepas semua urusan transaksi dilakukan, mangsa menyedari telah ditipu dan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM649,150.

Iklan

"Kesemua wang yang dilaburkan merupakan wang simpanan mangsa. Susulan itu, dia tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin," katanya.

Sehubungan itu, Azry Akmar menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan terlebih dahulu sebelum melabur dan tidak mudah terpedaya dengan janji keuntungan lumayan.

"Sekiranya menerima panggilan atau mesej mencurigakan, segera hubungi pihak polis atau agensi kerajaan yang berkaitan.

"Orang ramai juga disarankan menggunakan platform semakan nombor akaun dan telefon di https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.