BATU GAJAH - Inisiatif Perpustakaan Digital Masjid yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Perak telah mengukuhkan peranannya sebagai gedung ilmu dan pusat kecemerlangan ummah selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi berkata, dua masjid kini menjadi perintis kepada projek tersebut iaitu Masjid Imaniah di Jalan Bemban di sini dan Masjid An-Nur di Kampar.
Menurutnya, pelaksanaan projek di Masjid Imaniah menyaksikan lima komputer riba disalurkan melalui kerjasama dengan Digital Perak Corporation Holding manakala pihak masjid menyediakan ruang khas serta sambungan internet untuk kemudahan ahli kariah.
"Kita mahu membawa pendigitalan dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hingga ke peringkat masyarakat akar umbi termasuk di masjid. Alhamdulillah, Masjid Imaniah kini mempunyai lima komputer riba, sambungan internet dan pelbagai kelas ICT untuk manfaat penduduk setempat.
"Masjid An-Nur pula menerima sumbangan tujuh komputer daripada sektor korporat. Kini kedua-dua masjid itu beroperasi sepenuhnya sebagai Perpustakaan Digital,” katanya.