STAM 2024: 34 calon peroleh Mumtaz semua pelajaran
Iklan
GPK bagi calon sekolah KPM pada 2024 mengecil sebanyak 0.10 mata.
PUTRAJAYA - Seramai 34 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, keputusan STAM 2024 juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan 3.0 mata berbanding 3.09 mata pada tahun sebelumya iaitu mengecil sebanyak 0.09 mata.
Iklan
Iklan
GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula ialah 2.81 mata, berbanding 2.91 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.
"Perkara ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024, adalah lebih baik berbanding tahun 2023,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Seramai 4,507 calon berdaftar untuk STAM Tahun 2024 merangkumi 1,552 calon sekolah KPM, Sekolah Menengah Agama Negeri (1,726), Sekolah Menengah Agama Rakyat (296), Sekolah Menengah Swasta (29) dan calon persendirian (904). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>