Kelantan sedia ikut jejak langkah Terengganu naikkan papan tanda LGBT
Iklan
Kerajaan Kelantan sedia mengikut jejak langkah Terengganu menaikkan papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri. Gambar kecil: Mohamed Fadzli
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sedia mengikut jejak langkah Terengganu menaikkan papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini bagi menimbulkan rasa benci terhadap perbuatan terkutuk itu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu adalah perkara yang bagus dan pihaknya akan melihat keberkesanannya.
Iklan
Iklan
"Kalau ada kesan baik, kita akan ikut dan cuba kaji. Kita sependirian dan sependapat. Ini kerana LGBT adalah musuh terbesar keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat sekarang,” katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Kompleks Darulnaim di sini pada Selasa.
Menurut beliau, ia juga penyumbang besar kepada penyakit kelamin yang sedang menular dalam kalangan masyarakat kini.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kerajaan Terengganu tidak menafikan bahawa mesej pada papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual yang dipasang di beberapa lokasi strategik di negeri itu sememangnya bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap perbuatan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha mendidik rakyat agar menjauhi perkara yang bertentangan dengan nilai agama dan norma masyarakat.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>