Polis siasat laporan berita palsu dakwa penemuan mayat Pamela Ling
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung polis nafi dakwaan tular penemuan mayat Pamela Ling
SHAH ALAM – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah portal berita tempatan berhubung dakwaan penemuan mayat yang dikaitkan dengan kes individu hilang, Datin Seri Pamela Ling Yueh di sebuah rumah di Petaling Jaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Iklan
Iklan
"Kita sudah buka kertas siasatan dan pihak terbabit akan dipanggil bagi dirakam percakapan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan bahawa polis menafikan dakwaan melalui tangkap layar berita bertajuk"Police Interview Pamela Ling's Children and Family Friend in Death Investigation”.
Iklan
Tangkap layar itu memaparkan satu laporan berita yang mendakwa pihak polis menemu bual anak dan rakan kepada Pamela Ling kononnya bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita itu pada 13 Mei.
Sebelum ini, Sinar Harian turut melaporkan bahawa keberadaan Pamela Ling yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu masih belum dapat dipastikan, sama ada beliau masih berada dalam negara atau telah dibawa keluar.
Iklan
Polis kemudiannya telah merakam keterangan daripada 27 saksi berkaitan kes ini.
Pada 5 Mei lalu, media melaporkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk dakwaan bahawa Pamela telah dilarikan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>