Jovitra selamat pulang ke rumah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai kehilangan Jovitra.

BENTONG – Remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di rumah datuknya di Rumah Pangsa Batu 1, Jalan Tras, di sini pada Ahad, disahkan telah pulang dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja berkenaan, Jovitra, pulang ke kediamannya pada Isnin kira-kira jam 6.45 petang.

Iklan
Iklan

"Kes orang hilang (Jovitra) kini selesai selepas mangsa disahkan pulang dengan selamat.

"Pihak polis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Bentong yang telah bekerjasama menularkan siaran akhbar sehingga sampai ke pengetahuan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam Isnin.

Iklan

Terdahulu, laporan kehilangan Jovitra dibuat oleh datuknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada jam 12.06 pagi Isnin, selepas remaja itu tidak pulang ke rumah.

Mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat memakai baju-T hitam berlengan pendek dan seluar jean hitam.

Iklan