Trump minta Walmart tanggung kos tarif di sebalik potensi kenaikan harga

Iklan
Trump kritik Walmart kerana rancang naikkan harga akibat tarif baharu, gesa peruncit gergasi itu tanggung kos tanpa bebankan pelanggan.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu mengkritik syarikat peruncitan gergasi Walmart kerana mencadangkan kenaikan harga susulan peningkatan tarif, sambil menuntut syarikat itu"menanggung kos tarif" dan tidak membebankan pelanggan, lapor Xinhua.

Trump menggesa Walmart, peruncit terbesar di AS, untuk"Tanggung kos tarif" dan mengekalkan harga rendah.

Iklan
Iklan

"Saya akan memantau, begitu juga pelanggan anda," tulisnya.

Walmart, yang terkenal dengan penjualan barangan pada harga berpatutan dan memiliki lebih 4,000 cawangan di seluruh negara, menyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doug McMillon, pada Khamis berkata, tarif baharu yang dikenakan, walaupun pada kadar yang dikurangkan baru-baru ini, akan memaksanya menaikkan harga tidak lama lagi.

Iklan

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan harga serendah mungkin,” katanya, namun memberi peringatan bahawa syarikat itu tidak dapat menyerap semua tekanan akibat tarif berkenaan.

Dalam satu kenyataan selepas kenyataan Trump, jurucakap Walmart Molly Blakeman berkata:"Kami sentiasa berusaha memastikan harga serendah mungkin dan tidak akan berhenti. Kami akan mengekalkan harga serendah yang boleh selama mungkin, mengambil kira realiti marjin peruncitan yang kecil."

Iklan

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Walmart, John David Rainey, satu pertiga daripada produk Walmart diperoleh dari luar negara. - Bernama-Xinhua