KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada seorang kontraktor.
Menurut sumber SPRM, suspek yang pernah bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.