Anjing 'mandi' di pantai PD, cetus rasa kurang senang pengunjung

Iklan
Gambar seekor anjing dilihat mandi di Pantai Saujana, Batu 4 Port Dickson tular di media sosial.

PORT DICKSON - Kehadiran seekor anjing yang dilihat 'mandi' di Pantai Saujana, Batu 4 di sini mencetuskan rasa kurang senang pengunjung khususnya yang beragama Islam kerana dianggap tidak sensitif.

Gambar yang memaparkan haiwan berkenaan berada di dalam air dengan beberapa pengunjung di situ tular di media sosial sejak pagi Ahad sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Iklan
Iklan

Sebahagian daripada mereka, tanpa mengetahui sama ada anjing tersebut milik individu atau anjing liar menyelar tindakan membawa haiwan itu ke situ.

Ini kerana pantai berkenaan turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

Iklan

Selain itu, turut dikongsi gambar papan tanda larangan membawa haiwan peliharaan di kawasan pantai.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada yang memaklumkan anjing tersebut merupakan anjing liar yang datang bermain di situ.

Iklan

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada anjing itu milik individu atau haiwan terbiar.