Suami Pamela Ling boleh dipanggil bila-bila masa untuk siasatan
Iklan
Rusdi (kiri), Laporan Sinar Harian berhubung suami Pamela Ling diberkas
KUALA LUMPUR – Suami Datin Seri Pamela Ling yang dibebaskan dengan jaminan pada Khamis lalu selepas ditahan sebelum ini boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, individu tersebut ditahan kira-kira jam 5 pagi di kediamannya di ibu negara.
Iklan
Iklan
"Tangkapan dijalankan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
"Lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam ditahan, selepas soal siasat dijalankan. Walaupun ia tidak dilakukan sepenuhnya kerana permohonan reman yang dibuat telah ditolak," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat PPR Bestari di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Rusdi berkata, pihaknya boleh memanggil mana-mana individu pada bila-bila masa untuk dirakam keterangan, termasuk suami Pamela.
Iklan
"Kemungkinan (akan dipanggil)... Tidak ada had masa. Kami belum panggil dia sebagai suspek, tetapi bila-bila masa boleh dipanggil jika ada perkara baru,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa pihak polis menahan suami Datin Seri Pamela Ling Yueh di sekitar ibu kota pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wanita berkenaan pada 9 April lalu.
Rusdi memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap suspek dibuat di Putrajaya, namun permohonan tersebut telah ditolak.
Sinar Harian juga sebelum ini melaporkan bahawa Pamela dilaporkan hilang pada 9 April selepas menaiki sebuah kenderaan e-hailing dari kediamannya di Cheras menuju ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>