[VIDEO] 'Alhamdulillah hari ini kambing, esoknya dapat makan sotong…’
Iklan
MAKKAH – Rata-rata jemaah haji Malaysia yang sudah berada di Tanah Suci Makkah berpuas hati dengan menu makan tengah hari dan malam yang disajikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) buat mereka.
Mahadzir Md Yusuf, 59, berkata, dia turut berpuas hati dengan layanan diberikan oleh pihak TH sepanjang tiga hari sudah berada di Makkah.
Iklan
Iklan
Rata-rata jemaah haji Malaysia yang sudah berada di Tanah Suci Makkah berpuas hati dengan menu makan tengah hari dan malam yang disajikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) buat mereka.
"Saya dah berada di Makkah lebih kurang tiga, memang berpuas hati dengan layanan dan makanan diberi. Citarasa Malaysia memang wujud di sini.
"Hari ini (disajikan) nasi sayur dengan ikan, esok kambing, lusanya sotong. Makanan sihat dan mencukupi malah kebersihan memuaskan,” katanya ketika ditemui selepas menikmati hidangan tengah hari disediakan TH di Abraj Al Tayseer di sini.
Iklan
Mahadzir Md Yusuf
Mahadzir yang berasal dari Klang Selangor itu berkata, jemaah haji yang belum tiba di Tanah Suci diminta tidak bimbang dan khuatir mengenai menu bakal menjadi juadah mereka sebaik tiba di Madinah atau Makkah.
"Usah dirisau mengenai makanan, semua yang kita rasa nak makan ada di sini.
Iklan
"Mana-mana yang datang sebagai jemaah haji muassasah jangan risau, muassasah bukannya muasusah. Khidmat TH terbaik,” katanya.
Hairul Nizam Sahim
Bagi Hairul Nizam Sahim, 49, menu dihidangkan TH dapat menghilangkan rasa rindunya kepada masakan di tanah air.
"Makanan disediakan sedap, saya bukan pemakan sayur tetapi boleh terima menu sayur yang dimasak di sini.
"Kualiti makanan terbaik sangat lengkap dan berpuas hati,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>