KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.
"Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.
"KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” menurut KPM dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan dengan itu, KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
Berikut ialah senarai 71 sekolah yang terlibat:
KUALA LUMPUR:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas
SMK Puteri Wilayah
SMK Padang Tembak
SMK Puteri Ampang
SMK Seri Ampang
SMK Puteri Titiwangsa
SMK Seri Titiwangsa
St John Institution
Sekolah Kebangsaan (SK) Convent 1 dan 2 Bukit Nanas
SK St John 1
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Kai
SK Kg Bharu
SK Pendidikan Khas Kg Bharu
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Fletcher
SK Jalan Kuantan 2
SK Padang Tembak 1
SK Padang Tembak 2
SK Polis Depot
SK Jalan Gurney 1
SK Jalan Gurney 2
SK Jalan Raja Muda
SJKC Lai Meng
SMK Maxwell
SMK Kiaramas
SJKT Appar
SJKC Chung Kwok
SK (L) Jalan Batu
SK (P) Jln Batu
SK Pendidikan Khas Jln Batu
SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Taman Maluri
SK Kiaramas
SMK (P) Bandaraya
SMK (P) Jalan Pudu
SMK (P) Methodist KL
SJKC Kuen Cheng 1
SK Jalan Hang Tuah
SK (P) Pudu
SJKC Kung Min
SK Jalan Pasar
SK Dato Abu Bakar
SK Sultan Hishamuddin Alam Shah
SELANGOR:
SK Lembah Subang
SK Assunta (Satu)
SK (L) Bukit Bintang (1)
SK Methodist, PJ
SK Jalan Selangor (Satu)
SK 2 Jalan Selangor
SK Satu Sultan Alam Shah
SK 2 Sultan Alam Shah
SK Sungei Way
SJK(T) Vivekananda
SMK Sri Utama
SMK Lembah Subang
SMK Assunta
SMK (L) Bukit Bintang
SMK Katholik
SMK La Salle, Petaling Jaya
SMK Sultan Abdul Samad
SMK (P) Tmn Petaling
SK TUDM Subang
SK TTDI Jaya
SK Bukit Jelutong
SMK TTDI Jaya
SMK Shah Alam
SMK Bukit Jelutong
SK Cyberjaya
SK Taman Putra Perdana
SK Taman Putra Perdana 2
SJK (C) Union
SMK Cyberjaya
SMK Putra Perdana
- Bernama