KANGAR - Seorang nelayan maut selepas dipanah petir ketika berada dalam bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Baeyah Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian menimpa Muhamad Faiez Othman, 28, daripada abangnya pada 11.50 malam.