Penyanyi Chris Brown didakwa atas 'serangan dengan botol' di kelab malam London

Iklan
Chris Brown didakwa atas pertuduhan mencederakan dengan niat berhubung serangan dengan botol yang didakwa berlaku di sebuah kelab malam di London dua tahun lalu - Foto: File AFP

LONDON - Penyanyi R&B Chris Brown didakwa atas pertuduhan mencederakan dengan niat berhubung serangan dengan botol yang didakwa berlaku di sebuah kelab malam di London dua tahun lalu, lapor PA Media/dpa.

Penyanyi Amerika Syarikat itu ditahan di sebuah hotel di Manchester pada awal pagi Khamis oleh pegawai penyiasat Polis Metropolitan.

Iklan
Iklan

Brown didakwa pada petang Khamis dan masih berada dalam tahanan polis.

Dia dijadual hadir di Mahkamah Majistret Manchester pada pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Kejadian serangan dengan botol didakwa berlaku di sebuah kelab malam di Mayfair, tengah London, pada Februari 2023. - Bernama