'Jet mewah bukan hadiah peribadi buat Trump'

Iklan
Pesawat Boeing 747 yang mahu digunakan Trump untuk menggantikan Air Force One. Foto Agensi

WASHINGTON -"Tawaran Qatar untuk mendermakan jet mewah kepada Amerika Syarikat (AS) bukan hadiah peribadi buat Presiden Donald Trump."

Pengesahan itu dibuat Perdana Menteri, Sheikh Mohammed Abdulrahman setelah perkara itu yang dihebahkan Trump sejak akhir minggu lalu mengundang kritikan banyak pihak termasuk dalam kalangan anggota Parti Demokrat.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu kenapa hal itu menjadi berita hangat diperkatakan ramai. Ia adalah 'transaksi kerajaan kepada kerajaan'.

"Ia tiada kaitan dengan urusan peribadi atau demi kepentingan mana-mana pihak," jelasnya sambil menolak dakwaan yang menyebut Doha cuba menggunakan 'hadiah' itu untuk mempengaruhi Trump.

Iklan

Menurutnya, Qatar sentiasa menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk AS dan Doha percaya persahabatan mereka boleh memberi manfaat sama rata kepada kedua-dua negara.

"Tawaran itu masih dalam semakan undang-undang," jelasnya lagi.

Iklan

Sebelum ini, Trump dengan bangga menyatakan beliau tidak akan menolak hadiah jet mewah tersebut yang akan menggantikan pesawat rasmi Presiden, Air Force One.

Tindakan beliau yang menguar-uarkan perkara itu telah mencetuskan persoalan terhadap etika utama sebagai pemimpin memandangkan Perlembagaan AS melarang pegawai kerajaan menerima hadiah daripada raja atau negara asing. - Agensi