SHAH ALAM – Suasana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bertukar meriah dan penuh emosi apabila Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya daripada para pelajar Mara.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook rasminya, tetamu yang hadir pada Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan Mara (IPMA) 2025 dilihat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dengan penuh semangat, menggamatkan suasana dalam Dewan Merdeka.