Juruteknik maut van bertembung treler
Iklan
Kemalangan di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun pada malam Rabu. Foto Facebook Ghazali Sulaiman
DUNGUN – Seorang juruteknik maut selepas van yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, pada malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aliff Fakhrullah, 21, yang berasal dari Kampung Paman, Kemaman, dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kemaman.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan.
Keadaan van dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan. Foto Facebook Ghazali Sulaiman
Iklan
"Akibat perlanggaran itu, van yang dipandu mangsa remuk teruk dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, pemandu treler berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Keadaan treler yang terlibat kemalangan dengan sebuah van. Foto Facebook Ghazali Sulaiman
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, Maizura menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, khususnya di laluan berisiko tinggi.
"Sentiasa pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>