BEKAS pengendali Manchester United, Erik ten Hag, dilaporkan dalam senarai pendek Bayer Leverkusen untuk mengisi jawatan ketua jurulatih mereka yang baharu.
Namun, bekas pengendali Ajax Amsterdam dari Belanda itu yang dikaitkan dengan BayArena itu juga terbuka untuk kembali beraksi di kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).