Kadar penggunaan pengangkutan awam negara masih rendah - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid ketika menerima kunjungan hormat daripada Presiden Prasarana di pejabatnya di Putrajaya. Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Kadar penggunaan pengangkutan awam di negara ini masih rendah iaitu sekitar 25 peratus, jauh berbeza jika dibandingkan beberapa negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, negara jiran Singapura mencapai kadar penggunaan pengangkutan awam 67 peratus, Seoul (63 peratus) dan Tokyo (73 peratus).
Iklan
Iklan
"Perubahan ini memerlukan anjakan sikap yang hanya boleh dicapai melalui gabungan antara sistem yang boleh dipercayai dan kempen kesedaran yang menyeluruh.
"Saya sentiasa percaya bahawa sistem pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja dapat melancarkan pergerakan harian rakyat, malah turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta mobiliti yang inklusif di bandar mahupun di desa," katanya.
Iklan
Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan menerima kunjungan hormat daripada Presiden Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Mohd Azharuddin Mat Sah di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau berkata, Malaysia berdepan realiti kepadatan kenderaan di dalam negara yang menyaksikan sehingga hujung 2024, terdapat 38.7 juta kenderaan berdaftar di Malaysia.
Iklan
"Ini melebihi jumlah penduduk negara yang hanya 34.1 juta dan angka ini terus meningkat, didorong oleh jumlah jualan kenderaan baharu (TIV) yang mencecah 816,747 unit, tertinggi dalam sejarah negara.
"Trend ini bukan sahaja membebankan infrastruktur sedia ada, malah meningkatkan risiko keselamatan jalan raya serta menjejaskan kualiti hidup rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yakin dengan gerak kerja berterusan oleh agensi seperti Prasarana dan kerjasama semua pemegang taruh, mampu membentuk masa depan pengangkutan awam negara yang lebih mesra rakyat, lestari dan efisien.
"Insya-Allah, kita akan keluar daripada belenggu kesesakan dan kebergantungan kepada kenderaan persendirian," katanya. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.