Nahas FRU: Pasukan petugas khas ditubuhkan

Iklan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) Bil.1/2025 di Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Menteri pada Selasa

PUTRAJAYA - Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan membabitkan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa sembilan anggota keselamatan di Jalan Chikus – Sungai Lampan, Teluk Intan,

Iklan
Iklan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan khas yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat terdiri daripada pakar keselamatan serta wakil-wakil bebas.

"Pasukan ini akan meneliti punca kemalangan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan jalan raya terutamanya melibatkan kenderaan berat.

Iklan

"Siasatan ini adalah langkah tambahan kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Zahid menyifatkan insiden malang berkenaan tidak seharusnya berlaku sekiranya kenderaan tersebut telah menjalani pemeriksaan menyeluruh oleh pihak berwajib.

Menurutnya, laporan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan sistem stereng pada sebuah lori membawa muatan pasir yang hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan FRU.

"Kita tidak boleh meletakkan kesalahan hanya pada pemandu lori sebaliknya pemilik syarikat pengangkutan juga perlu dipertanggungjawabkan," tegas beliau.