Nahas FRU: Allahyarham Konstabel Akmal Wafi sempat rakam momen terakhir dalam trak

Iklan
Video yang dimuat naik oleh Allahyarham Wafi sebelum nahas di KM15, Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam, Teluk Intan.

SHAH ALAM - Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, sempat memuat naik video merakamkan situasi dalam trak bersama rakan seperjuangan yang lain.

Menerusi perkongsian di laman sosial TikTok @Namrunchannel, Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar dilihat memuat naik video berkenan menerusi status WhatsApp dan mula tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa anggota FRU lain sedang berborak antara satu sama lain, dipercayai ketika dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan.

Sebelum ini polis mengesahkan sembilan anggota FRU meninggal dunia dalam nahas di KM15, Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam, Teluk Intan, pada Selasa.

Iklan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, seorang anggota meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan manakala lapan lagi maut di lokasi kejadian.

Selain Akmal Wafi, turut dilapor terkorban dalam nafas tersebut ialah Sarjan S Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan dan Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif.

Iklan

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melaksanakan tugas di bawah Op Chariot di Teluk Intan.