Nahas FRU: Suasana pilu selubungi Unit Forensik Hospital Teluk Intan

Iklan
Waris dan kenalan mangsa mula berkumpul di pekarangan unit forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Sembilan anggota FRU maut dalam kemalangan, pagi ini. Foto Bernama

TELUK INTAN - Suasana sugul menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan, apabila semakin ramai ahli keluarga serta rakan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan pagi tadi, tiba untuk menunggu proses bedah siasat.

Iklan
Iklan

Tinjauan mendapati, ada antara mereka kelihatan menitiskan air mata malah ada juga yang meratapi pemergian insan tersayang secara tiba-tiba.

Selain itu, ramai juga dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan cuba menenangkan antara satu sama lain.

Waris dan kenalan mangsa mula berkumpul di pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan lori pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Foto Bernama

Iklan

Turut hadir Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Bakri Zainal Abidin, yang mengesahkan setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

Beliau turut mengesahkan lokasi kejadian itu bukanlah kawasan 'hotspot' kemalangan.

Iklan

Sementara itu, pengurusan Hospital Teluk Intan dilihat menyediakan khemah khas untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, yang hadir menunggu proses bedah siasat.

Difahamkan proses bedah siasat bermula sekitar jam 2.30 petang dan dijangka berakhir pada sebelah malam kerana melibatkan ramai mangsa.

Waris dan kenalan mangsa mula berkumpul di pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan lori pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Foto Bernama

Dalam kemalangan itu, lapan anggota FRU meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan.

Nahas itu melibatkan trak membawa 18 anggota FRU dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, kira-kira jam 8 pagi tadi. - Awani