Keputusan STAM 2024 diumum 20 Mei – KPM
Iklan
Seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas, di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan diumumkan pada 20 Mei ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas, di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.
"Bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk mendapatkan keputusan,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my, untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang, 26 Mei.
Semakan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan dari jam 10 pagi, 20 Mei hingga 6 petang, 26 Mei, dengan menaip STAM dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>