Mata kail tersangkut, pelajar Tingkatan Dua lemas tergelincir dalam sungai

Iklan
Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan berusaha menyelamatkan mangsa. Gambar kecil: Mohamad Shahrizuan Hafizi Mohamad Azli

KEMAMAN – Keterujaan lima rakan memancing di sungai berhampiran Kampung Padang Kemunting, Kijal bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dalam kejadian pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa, Mohamad Shahrizuan Hafizi Mohamad Azli, 14, yang juga pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal meninggal dunia di Hospital Kemaman kira-kira jam 7.37 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakannya yang berusia antara 11 hingga 15 tahun keluar memancing kira-kira jam 11 pagi.

"Semasa memancing, mata kail milik mangsa tersangkut pada sebatang kayu dalam sungai.

Iklan

"Mangsa kemudian turun ke dalam air untuk melepaskannya, namun dipercayai tergelincir sebelum lemas.

"Rakan-rakan mangsa yang menyedari kejadian itu tidak berani terjun kerana air terlalu dalam, lalu segera meminta bantuan penduduk kampung," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, seorang penduduk bertindak pantas terjun menyelamatkan mangsa dan membawa ke tebing untuk diberi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman dengan bantuan penyelamat, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan malam tadi," katanya lagi.