Dua lelaki hilang ketika cari akar kayu di hutan

Iklan
Pencarian dua individu dilakukan oleh pasukan penyelamat di Hutan Sri Darun, Tungku, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Dua lelaki dikhuatiri hilang ketika keluar mencari akar kayu di Hutan Sri Darun, Tungku pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 37 tahun dilaporkan hilang oleh rakan mereka selepas gagal mengesan keberadaan kedua-dua mangsa.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, menurut laporan pengadu, mereka bertiga telah keluar bersama untuk memukat ikan di Sungai Sri Darun.

"Bagaimanapun, dua mangsa tersebut telah berjalan mengikut laluan cabang sungai kecil dan menuju ke dalam hutan untuk mencari akar kayu.

Iklan

"Tetapi selepas 10 jam, kedua-duanya masih belum kembali ke sungai tersebut, lalu pengadu bertindak menghubungi pihak polis untuk melaporkan kehilangan rakan-rakannya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan bantuan pihak bomba dan agensi lain.

Iklan

"Seramai 41 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi pencarian yang bermula pada Isnin, namun kedua-duanya masih belum ditemui," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sehingga kini dua mangsa masih belum keluar dari kawasan hutan.

"Operasi SAR pertama dilaksanakan bersama agensi penyelamat lain dengan radius pencarian satu kilometer dari lokasi aktiviti mangsa mencari hasil hutan.

"Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 4 petang Isnin disebabkan keadaan cuaca hujan lebat," katanya.