Pemilihan PKR: Pencalonan Nurul Izzah dapat sokongan Azalina
Iklan
Gambar pertemuan antara Azalina dan Nurul Izzah turut dimuat naik bersama hantaran tersebut.
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sokongan itu dizahirkan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau pada Isnin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pencalonan anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat sebagai titik permulaan kepada penglibatan lebih ramai wanita dalam politik arus perdana.
"Tahniah atas pencalonan Timbalan Presiden. Semoga ini jadi titik permulaan untuk lebih ramai wanita menyertai politik arus perdana. You go, girl!," katanya.
Iklan
Terdahulu, Azalina turut merakamkan penghargaan kepada Nurul Izzah atas komitmennya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza.
Katanya, perjuangan membela penduduk Gaza bukan sekadar isu agama, politik atau sempadan negara, sebaliknya merupakan perjuangan kemanusiaan sejagat.
Iklan
"Kita teruskan komitmen ini demi dunia yang lebih adil dan berperikemanusiaan. Malaysia sememangnya sesuai untuk memainkan peranan ini kerana kita telah membuktikan bahawa kita mampu bersatu sebagai satu suara walaupun datang daripada latar belakang yang pelbagai,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>