KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru semua pihak agar memperkukuh pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini, yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Baginda bertitah, sokongan perlu diberikan kepada penganjuran program ilmu dan kegiatan bermanfaat demi menghidupkan ajaran Islam yang murni serta menolak unsur tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.