Bekas pemain hoki ditemui gelandangan, kini dirawat di HTAA

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan seorang lelaki kurang siuman yang didakwa sebagai bekas pemain hoki negara. Gambar kecil: Khairul Amri

KUANTAN - Seorang lelaki yang dipercayai bekas pemain hoki negara dan sebelum ini hidup sebagai gelandangan akhirnya berjaya dikesan serta diberi bantuan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, individu terbabit ditemui oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Pihak JKM akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan latar belakang dan keluarga individu tersebut daripada pihak hospital,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab JKM untuk membantu lelaki terbabit mendapatkan rawatan yang diperlukan dan berpeluang untuk sembuh serta meneruskan kehidupan secara normal.

Iklan

Pada 9 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan tentang tularnya rakaman video seorang lelaki yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau, dan kelihatan seperti orang kurang siuman di media sosial.

Individu berkenaan didakwa sebagai Mohamad Asmawi, yang pernah membawa cabaran pasukan hoki kebangsaan di pentas antarabangsa termasuk ke Jerman, India dan Pakistan.

Iklan

Lelaki berusia 36 tahun itu meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun.