Polis terima dua laporan kes samseng jalanan di Lebuhraya Kesas

Iklan
Polis menerima dua laporan daripada dua individu yang terlibat dalam kejadian pada 4 Mac lalu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM - Polis menerima dua laporan berhubung kejadian samseng jalanan yang berlaku di Lebuhraya Kesas menghala susur keluar Kota Kemuning di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kejadian yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki menendang sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu seorang lelaki.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam.

"Laporan polis telah diterima daripada kedua-dua pihak pada hari yang sama dan keterangan kedua-dua pemandu itu telah direkodkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Iklan

"Justeru, pihak polis memohon kepada semua netizen untuk tidak menyebarkan video berkenaan dan membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengganggu siasatan," katanya.