Kebakaran hutan musnahkan lebih 30 hektar di Syria

Iklan
Kebakaran hutan besar tercetus pada Rabu di Syria dan telah memusnahkan lebih 30 hektar kawasan luar bandar di wilayah pesisir Latakia.

LATAKIA - Kebakaran hutan besar tercetus pada Rabu di Syria dan telah memusnahkan lebih 30 hektar kawasan luar bandar di wilayah pesisir Latakia, menurut Pertahanan Awam Syria pada Ahad.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan pada kediaman dilaporkan, dan punca kebakaran masih belum dikenal pasti, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Menurut Pertahanan Awam, tiupan angin kencang, suhu tinggi, sisa-sisa peperangan serta kesukaran untuk sampai ke lokasi merupakan cabaran utama bagi pasukan pemadam kebakaran.

Sementara itu, Ketua Unit Pentadbiran dan Teknikal di Latakia, Ali Assi, memberitahu Xinhua bahawa cuaca panas melampau serta kekangan peralatan dan sumber air disebabkan bentuk muka bumi berbukit menyukarkan usaha mengawal sepenuhnya kebakaran hutan berkenaan.

Iklan

"Kebakaran ini masih belum berjaya dikawal sepenuhnya selepas empat hari,” kata Assi.

"Kami telah menghubungi pihak berkuasa di kawasan berhampiran seperti Aleppo, Tartous dan Hama untuk menghantar bantuan. Api telah merebak ke kawasan seluas puluhan dunam, dan kami masih menunggu ketibaan jentera berat untuk menyokong operasi pemadaman.” - Bernama

Iklan