Bomba guna helikopter bawa warga emas cedera di Gunung Yong Belar

Iklan
Sabarodzi

IPOH - Seorang lelaki warga emas yang mengalami kecederaan semasa mendaki Gunung Yong Belar dibawa keluar menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 9.03 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Manjinder Singh, 63, terkehel pada bahu kirinya semasa melakukan aktiviti pendakian bersama tiga rakan, termasuk tiga malim gunung.

"Pesawat AW139 BMB 07 dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Utara di Bertam, Pulau Pinang berlepas ke Gunung Yong Belar pada 8.40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kira-kira satu jam setengah kemudiannya.

Iklan

"Mangsa dihantar menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Iklan