Waspada Monsun Barat Daya: Elak pembakaran terbuka, jimatkan air - Ahmad Zahid

Iklan
Rakyat diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta menggunakan air secara berhemah susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula hari ini hingga September.

KUALA LUMPUR - Rakyat diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta menggunakan air secara berhemah susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula hari ini hingga September.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, dalam tempoh itu kebanyakan kawasan akan mengalami taburan hujan yang rendah.

Iklan
Iklan

"Langkah pencegahan awal ini penting bukan sahaja untuk menjaga kesihatan awam tetapi juga untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelangsungan sumber air negara,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Ahmad Zahid berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan permulaan Monsun Barat Daya pada 7 Mei lepas.

Iklan

Orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini dan sahih di laman MetMalaysia www.met.gov.my. - Bernama

Iklan