KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan sitaan terhadap peniaga yang meletakkan kerusi, meja serta peralatan lain di laluan awam dan pejalan kaki tanpa kebenaran di Brickfields, di sini.
Menurut DBKL, sebanyak lapan kes tindakan sitaan dilakukan, dua notis penguatkuasaan dan satu notis trafik telah dikeluarkan terhadap peniaga di Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Thambipillay.