KUALA LUMPUR - Peruncit barangan kelengkapan rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Bhd (MR D.I.Y.) melancarkan kempen ‘Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, kempen berbentuk jenaka itu merupakan ‘permohonan maaf’ secara simbolik atas sokongan berterusan rakyat Malaysia yang menjadikan syarikat tersebut destinasi utama untuk mendapatkan barangan pada harga berpatutan.
Katanya, ia juga bertujuan meraikan pelanggan dengan pengalaman istimewa yang melangkaui nilai dan penawaran mampu milik yang sinonim dengan MR D.I.Y.
"Dari 9 hingga 11 Mei, kami juga membawakan MANJA Land di MR D.I.Y. PLUS, yang mengubah ruang beli-belah ini menjadi sebuah santuari yang menenangkan, lengkap dengan sesi memanjakan diri untuk pengunjung.
"Pelanggan boleh menikmati bengkel interaktif, perkhidmatan rias kuku, urutan, snek dan kopi, manakala zon khas kanak-kanak memastikan si kecil turut terhibur,” katanya ketika ditemui di MR D.I.Y. PLUS, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Alex menjelaskan, dengan kempen tersebut pihaknya sentiasa mencari peluang untuk menghargai pelanggan dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan yang ‘Always Low Prices’ dan mempertingkatkan keseluruhan pengalaman membeli-belah.
Alex berkata, MANJA Land merupakan cara mereka memanjakan pelanggan sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan yang diberikan.
"Dengan MANJA Land, kami ingin pelanggan berasa dihargai, bergembira dan pulang dengan senyuman, menjadikan hari pelanggan lebih ceria.
"Jadi dengan itu kami menjemput semua orang untuk hadir dan menikmati MANJA Land, biarlah kami terus memanjakan anda,” ujarnya.
Bagi menikmati pengalaman di MANJA Land, pelanggan hanya perlu ke Kaunter Penebusan MANJA dengan mengumpul token melalui pembelian atau aktiviti media sosial sekali gus menebus hadiah menarik.
Tarikan utama MANJA Land termasuklah Manja Lab (bengkel interaktif Analisis Warna Peribadi, Pembuatan Minyak Wangi dan Gubahan Bunga), Manja Lounge (ruang rehat selesa dengan kopi barista dan bertih jagung), Sudut Interaktif (aktiviti dinding foto, permainan memori dan roda hadiah), Lil’ Manja (sesi urutan tangan, bahu, sesi kerusi urut daripada ITSU) dan Manja Fingers (perkhidmatan rias kuku selama 20 minit).
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Minta Maaf, MR D.I.Y. Terlalu Memanjakan Anda’ dan pengalaman MANJA Land, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my atau ikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok.