16 individu termasuk suami Pamela telah dirakam keterangan

Iklan
Rusdi

Bagaimanapun, anak mangsa yang kini berada di Singapura masih belum dirakam keterangan setakat ini.

KUALA LUMPUR - Seramai 16 individu termasuk suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita berkenaan pada 9 April lalu.

Bagaimanapun, anak mangsa yang kini berada di Singapura masih belum dirakam keterangan setakat ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, proses merakam keterangan saksi lain masih berjalan dan pihaknya belum dapat memberikan sebarang perkembangan baharu.

"Masih dalam tindakan, tiada perkembangan lanjut," katanya pada Jumaat.

Iklan

Terdahulu, Rusdi memaklumkan pihaknya akan melihat keperluan untuk memanggil semula suami kepada Pamela iaitu Datuk Seri Hah Tiing Siu, sekiranya terdapat maklumat baharu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Menurut beliau, lelaki terbabit sudah pun diambil keterangan sejurus kejadian berlaku.

Iklan

Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru beberapa saksi termasuk anak-anak kepada Pamela yang berada di Singapura agar tampil membantu siasatan kes penculikan ibu mereka itu.

"Sekiranya saksi gagal memberi kerjasama, kami akan mendapatkan bantuan pihak berkuasa Singapura," katanya.

Media sebelum ini melaporkan siasatan kini menjurus kepada pembabitan suami mangsa dan beberapa individu lain.

Sebuah pasukan khas turut ditubuhkan bagi meneliti semua aspek termasuk kemungkinan motif jenayah dan kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Pamela, yang juga isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Sarawak, dilaporkan hilang selepas menaiki perkhidmatan e-hailing dari Cheras menuju ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut saksi, kenderaan yang dinaiki mangsa telah dihalang oleh tiga buah kereta sebelum dia dibawa pergi oleh beberapa individu berpakaian seperti polis.