Program selawat Gus Miftah di candi dikecam

Iklan
Poster promosi acara yang memaparkan imej Candi Prambanan bersama wajah Gus Miftah, yang mencetuskan kemarahan ramai. -Agensi

PRAMBANAN – Program keagamaan bertajuk ‘Prambanan Berselawat’ yang dijadualkan berlangsung di kawasan utara Candi Sewu, daerah Prambanan, mendapat bantahan hebat daripada pengguna media sosial sehingga memaksa penganjur memindahkan lokasinya.

Program yang dijadual berlangsung pada 10 dan 11 Mei 2025 itu sepatutnya menampilkan pendakwah terkenal, Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah.

Iklan
Iklan

Menurut penganjur program, Prawiten, keputusan menukar lokasi dibuat bagi menghormati sensitiviti masyarakat selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.

"Kami sahkan bahawa acara ini tidak akan diadakan di lokasi asal. Namun, tarikhnya masih kekal. Kami akan mengesahkan lokasi baharu dalam tempoh satu hingga dua hari,” katanya ketika ditemui di Prambanan baru-baru ini.

Iklan

Sebelum ini, akaun media sosial @GlHindu memuat naik poster promosi acara yang memaparkan imej Candi Prambanan bersama wajah Gus Miftah, yang mencetuskan kemarahan sebilangan netizen yang beranggapan penganjuran acara keagamaan Islam di kawasan warisan budaya Hindu itu tidak sesuai.

Prawiten menjelaskan bahawa penggunaan latar Candi Prambanan hanyalah sebagai lambang kebanggaan terhadap warisan budaya Indonesia. Namun beliau mengakui terdapat kekhilafan dalam penyediaan bahan promosi termasuk pemilihan tajuk ‘Prambanan Berselawat’.

Iklan

Tambahnya, pertukaran lokasi juga dibuat atas saranan langsung daripada Gus Miftah bagi mengelakkan salah faham berterusan.

"Kami sedang mencari lokasi yang mampu menampung kira-kira 7,000 pengunjung. Jika sudah ditetapkan, kami akan maklumkan segera,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Taman Wisata Candi Prambanan–Ratu Boko, Ratno Tumur menjelaskan bahawa kawasan padang di utara Candi Sewu sememangnya sering digunakan oleh pelbagai komuniti untuk tujuan perhimpunan dan aktiviti santai. – Agensi