Setel perkenal ganjaran eksklusif untuk penunggang motosikal

Iklan
Pekerja gig yang berminat untuk menyertai kempen ini perlu mempunyai akaun Setel.

Penunggang motosikal terutamanya pekerja gig di Malaysia yang terlibat dalam penghantaran makanan atau barangan sering kali berdepan dengan pelbagai cabaran.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh golongan ini ialah pengurusan kos operasi, termasuk kos petrol dan keperluan untuk pembayaran yang cepat dan mudah.

Iklan
Iklan

Di sinilah Setel, aplikasi mudah alih untuk pembayaran petrol, pembelian runcit dan ganjaran Mesra Rewards muncul sebagai platform yang menawarkan pelbagai manfaat dan membantu mereka menjalankan tugas dengan lebih lancar dan efisien.

Setel memberi banyak manfaat kepada pekerja gig di Malaysia, dari segi kemudahan pembayaran, penjimatan kos, pengurusan kewangan, hingga keselamatan dan kecekapan kerja.

Iklan

Beberapa manfaat utama Setel kepada mereka seperti kemudahan pembayaran minyak secara digital melalui aplikasi itu tanpa perlu membawa wang tunai dan beratur di kaunter.

Setel juga membolehkan pekerja gig mengawal perbelanjaan mereka dengan lebih baik, memudahkan mereka untuk melihat rekod transaksi, menyemak perbelanjaan minyak dan merancang pengurusan kewangan harian.

Iklan

Ia juga menyediakan penyelesaian cepat dan mudah kerana semua transaksi boleh dilakukan dengan hanya beberapa ketikan di telefon pintar.

Dengan menggunakan aplikasi Setel, pekerja gig menggunakan pembayaran digital melalui aplikasi ini yang menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi, mengurangkan risiko kehilangan wang atau mengalami kecurian semasa menjalankan penghantaran.

Sebagai pengguna Setel, pekerja gig juga berpeluang untuk mendapat akses kepada promosi atau tawaran istimewa dari pelbagai peniaga dan penyedia perkhidmatan serta tips keselamatan yang disediakan oleh Setel untuk memastikan perjalanan mereka lebih selamat.

Menghargai golongan ini, Setel memperkenalkan Kempen Vroom Vroom Raya Setel khas untuk penunggang motosikal di Malaysia yang berlangsung dari 19 Mac hingga 19 Mei 2025.

Ia bertujuan untuk menyediakan ganjaran eksklusif kepada penunggang motosikal, terutamanya mereka yang biasanya membeli jumlah petrol yang kecil.

Dengan menyertai kempen ini, mereka dapat menikmati manfaat sekali gus memberi mereka peluang untuk memenangi hadiah mingguan setiap kali mereka menggunakan Setel.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel Ventures Sdn Bhd, Ayman Awaluddin berkata, sebagai sebuah jenama tempatan, pihaknya komited untuk memastikan Setel dapat diakses oleh semua.

"Dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, kami mahu membantu rakyat Malaysia berjimat, terutamanya buat para penunggang motosikal yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.”

"Dari penduduk di luar Lembah Klang hinggalah golongan pekerja gig di bandar, mereka bertungkus-lumus untuk memudahkan urusan seharian kita,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kaedah pembayaran

Sepanjang tempoh kempen ini, pengguna Setel boleh memperoleh penyertaan untuk hadiah mingguan serta hadiah utama dengan pembelian petrol minimum RM3 apabila menggunakan kaedah pembayaran yang disenaraikan di bawah:

Mereka yang tidak mempunyai Setel boleh memuat turun dan mendaftar di aplikasi Setel menggunakan kod promo kempen"c-vroom” sepanjang tempoh kempen.

Setelah mendaftar, pengguna baharu akan layak menerima sehingga RM10 pulangan tunai selepas mereka membuat pembelian petrol minimum RM3.

Penunggang motosikal dalam pekerja gig boleh menyertai kempen ini.

Mereka juga akan menerima 10x penyertaan untuk cabutan hadiah mingguan dan ganjaran utama secara automatik.

Manfaat pengisian One-tap

Pekerja gig digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk menikmati lebih banyak penjimatan sepanjang tempoh kempen ini.

Ini adalah masa terbaik untuk mencuba Pengisian One-tap, ciri eksklusif Setel yang memudahkan serta mempercepatkan proses pengisian minyak.

Dengan satu ketikan, pengguna boleh mengisi petrol dengan lebih pantas dan tanpa sebarang kesulitan, menjadikannya ideal untuk mereka yang sentiasa bergerak.

Selain itu, pengguna boleh menikmati sehingga 3x mata ganjaran Mesra Rewards, di samping pulangan tunai serta pelbagai ganjaran lain bagi penjimatan tambahan sepanjang tempoh kempen.

Ia merupakan satu cara Setel menghargai setiap penunggang motosikal yang bekerja keras dalam pelbagai keadaan cuaca dan pada bila-bila masa.

Semakin banyak mata yang dikumpul, semakin banyak yang boleh ditukar menjadi kredit Setel, membantu anda berjimat lebih banyak untuk petrol.

Setiap kali anda mengisi petrol, anda bukan sahaja mengisi tangki malah anda juga membuat setiap ringgit lebih bermakna.

Verifikasi akaun Setel

Untuk pengalaman yang lebih lancar dan selamat, Setel menasihati pelanggan untuk mengesahkan akaun mereka.

Verifikasi akaun dapat memberi pelanggan lebih banyak manfaat seperti saiz dompet dan had perbelanjaan yang lebih tinggi, akses kepada Dompet Keluarga untuk kemudahan perbelanjaan bersama, pulangan tunai yang lebih pantas, dan keselamatan tambahan terhadap penipuan.

Proses verifikasi adalah pantas dan mudah, dilakukan sepenuhnya melalui aplikasi Setel.

Dengan kempen Vroom Vroom Raya Setel yang menawarkan hadiah utama RM5,000, pengesahan akaun ini memastikan pengguna menerima kelayakan penuh untuk ganjaran dan memudahkan proses penebusan hadiah.

Telefon lama, tiada masalah dengan Setel Lite

Bagi mereka yang berada di kawasan dengan rangkaian yang lebih perlahan, Setel Lite menawarkan pengalaman pengisian petrol yang lancar tanpa gangguan muat turun berat atau penggunaan data yang tinggi.

Direka untuk pengguna dengan model telefon yang lebih lama atau sambungan internet yang terhad, aplikasi Setel versi ringan ini memastikan prestasi yang lancar walaupun pada rangkaian yang tidak stabil.

Pelanggan boleh menikmati sehingga 3x mata ganjaran Mesra pada pembelian petrol dan menjejak ganjaran mereka dengan mudah.

Selain itu, dengan e-resit, Setel Lite bukan sahaja meningkatkan kemudahan tetapi juga menyokong amalan mesra alam dengan mengurangkan pembaziran kertas.

Pengisian petrol menjadi lebih mudah dengan Setel Lite dan penunggang motosikal digalakkan untuk menikmati Setel sepanjang tempoh ini.

Memaksimumkan penjimatan

Penunggang motosikal di seluruh negara dipelawa untuk menyertai kempen ini yang menawarkan hadiah utama RM5,000.

Penunggang motosikal di seluruh negara boleh menikmati lebih daripada 200 hadiah pulangan tunai mingguan bernilai sehingga RM150 yang boleh dimenangi apabila mengisi petrol menggunakan Setel.

Dengan perbelanjaan minimum serendah RM3, mereka juga boleh berpeluang memenangi hadiah utama berjumlah RM5,000 dalam pulangan tunai.

Inisiatif ini direka untuk memenuhi keperluan unik segmen pelanggan tertentu sebagai sebahagian daripada komitmen Setel untuk memberikan ganjaran bersesuaian.

Kempen ini dijalankan serentak dengan promosi lain yang sedang berlangsung sambil memastikan manfaat kekal terpisah untuk mengelakkan pertindihan ganjaran atau penebusan berganda yang tidak disengajakan.

Untuk maklumat penuh mengenai kempen dan kriteria kelayakan, sila kunjungi https://www.setel.com/promotions/vroom-vroom-raya

Platform media sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/setel

Instagram: https://www.instagram.com/setel/

TikTok: https://www.tiktok.com/@setel

X: https://x.com/setel

WhatsApp:https://www.whatsapp.com/channel/0029VadlT0mCXC3LviQl3Y3C

Telegram: https://t.co/NhEB89Z4jw