'Sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden bukan sebab anak Anwar' - PKR Kelantan
Iklan
PKR Kelantan menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden
KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 Mei ini.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, keputusan itu dicapai dengan persetujuan sebulat suara bersama 13 daripada 14 ketua cabang di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Kehadiran Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden adalah tepat pada masanya untuk memperkukuhkan parti, lebih-lebih lagi ketika PKR menjadi tunjang kepada Kerajaan Perpaduan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, pengalaman lebih 25 tahun dalam politik dan keperibadian Nurul Izzah yang mesra rakyat akan membantu PKR mendepani cabaran politik semasa dengan lebih berkesan.
Iklan
Ujarnya, mereka amat yakin wanita tersebut adalah sosok yang sangat sesuai untuk menggalas tanggungjawab ini.
Dalam pada itu, Mohamad Suparadi turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pencalonan Nurul Izzah bersifat nepotisme atau bersandarkan hubungan kekeluargaan.
Iklan
"Kita tidak melihat beliau sebagai anak kepada Presiden, sebaliknya menilai keupayaan dan pemikiran beliau yang terserlah dalam perjuangan parti sejak sekian lama,” jelasnya.
Menurut beliau, Ketua Cabang yang menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah ialah Tanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Ketereh, Pasir Puteh, Machang, Kubang Kerian, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.