SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Datuk Mohd Khidir Majid.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan itu merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, integriti dan komitmen ditunjukkan beliau sepanjang berkhidmat dalam sektor awam.