Suami ditahan kes isteri tercampak hingga maut di tepi Lebuhraya KESAS

Iklan
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita tercampak daripada sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

CHERAS - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita tercampak daripada sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, suspek yang berusia 50 tahun adalah suami kepada mangsa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lelaki tersebut yang bekerja sebagai penghantar barang penghawa dingin mempunyai satu rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

"Lokasi tangkapan di Taman Kinrara, Puchong, Selangor sekitar jam 6 petang semalam (Selasa).

Iklan

"Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dengan kes yang disiasat.

"Suspek menyatakan telah berlaku pertengkaran mulut dengan isteri ketika dalam perjalanan balik ke rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Kata beliau, pasangan itu telah berkahwin selama 20 tahun dan mempunyai dua orang anak.

Menurutnya, saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine, benzo dan amphetamine.

Tambahnya, menurut suspek, mangsa juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.