22 Ketua Cabang PKR Johor sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden
Iklan
Nurul Izzah
JOHOR BAHRU – Seramai 22 Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden.
Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Ketua Cabang Mersing, Khairil Adanan, Nurul Izzah diangkat sebagai simbol semangat Reformasi baharu yang diyakini mampu menyatukan parti dan mengangkat suara rakyat ke peringkat tertinggi kepimpinan.
Iklan
Iklan
"Nurul Izzah bukan sekadar ‘anak kepada’ tokoh Reformasi, tetapi beliau telah membina kredibiliti sendiri sebagai pemimpin progresif yang berani dan berprinsip.
"Kepimpinan beliau selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen membuktikan komitmen terhadap perjuangan rakyat,” katanya.
Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, Nurul Izzah dianggap sebagai pewaris legasi Reformasi 1998 yang telah melalui pelbagai ujian getir, termasuk pengalaman keluarganya dalam tahanan politik.
Antara Ketua Cabang yang menyatakan sokongan tersebut termasuk Ketua Cabang Bakri, Ysahruddin Kusni; Ketua Cabang Pontian, Haniff Ghazali; Ketua Cabang Pulai, Faezudin Puad; Ketua Cabang Iskandar Puteri, Shamala Devi; serta Ketua Cabang Johor Bahru dan Tebrau.
Iklan
Mereka turut menyeru seluruh anggota PKR, terutamanya di Johor, untuk bersatu dalam memperjuangkan hala tuju baharu parti melalui kepimpinan yang berintegriti dan inklusif.
"Kami dari selatan tanah air bersedia untuk menggerakkan jentera dan memastikan suara rakyat terus menjadi tunjang perjuangan parti,” tambah kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>