MOSCOW - Rusia dan Ukraine mengadakan pertukaran tawanan perang dengan setiap pihak menyerahkan seramai 205 orang tentera kepada pihak satu lagi, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata hasil rundingan, seramai 205 tentera Rusia telah dibebaskan dan diserahkan dari wilayah yang dikuasai Ukraine pada 6 Mei.