Lelaki maut kereta dipandu bertembung treler

Iklan
Proton Wira dipandu mangsa remuk teruk selepas merempuh treler. Foto ihsan PDRM

MACHANG - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 50.5, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

Iklan
Iklan

Treler yang dirempuh oleh kereta mangsa. Foto ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh treler jenis Scania.

Iklan

"Treler itu datang dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Keadaan jalan raya di lokasi kemalangan. Foto ihsan PDRM

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairulanwar Adamb di talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-9751222.